Barangsiapa ingin agar DOAnya termakbul dan kesulitan kesulitannya teratasi hendaklah dia menolong orang yang dalam kesempitan [HR Ahmad]
Thursday, 18 July 2013
Saturday, 8 June 2013
FESYEN MUSLIMAH MASA KINI: ADAKAH FESYEN ISLAM?
Dalam industri fesyen sekarang, umat manusia sering disogokkan dengan lambakan rekaan fesyen yang dilabelkan sebagai fesyen muslimah. Lambakan rekaan fesyen seperti ini telah menyebabkan kekeliruan bagi golongan wanita Islam untuk menuntut mereka berpakaian mengikut syariat. Tetapi sejauh manakah 'fesyen muslimah' itu memenuhi piawaian sepertimana yang ditetapkan oleh syariat Islam? Apakah tindak balas umat Islam sebagai pengguna terhadap rekaan fesyen pakaian muslimah yang menjadi keperluan dalam kehidupan?
Artikel ini ditulis bagi tujuan untuk membincangkan mengenai lambakan fesyen muslimah masa kini sama ada ia benar-benar memenuhi keheadak syariat mahupun hanya sekadar fesyen tempelan berjenamakan Islam. Bagi merungkaikan permasalahan ini, penulis akan memulakan dengan perbincangan tentang sejarah dan tamadun pakaian Islam serta bukti-bukti hikmah perintah berpakaian oleh Allah swt. Kemudian artikel ini akan membincangkan isu-isu berkaitan fesyen muslimah yang dicemari oleh unsur-unsur barat. Seterusnya, penulis akan merumuskan tentang fesyen berpakaian dalam Islam mengikut epistemologi dan tasawwur Islam.
Bukti Hikmah Berpakaian Dalam Islam
Di antara nikmat-nikmat Allah swt, pakaian adalah satu limpah kurnia-Nya yang sangat besar. Dalam berpakaian, Islam membenarkan umatnya memakai apa jua pakaian, kecuali yang diharamkan oleh syariat. Islam lebih mengutamakan adab dalam berpakaian. Sebagai bukti, terdapat banyak ayat al-Quran dan hadis yang menceritakan tentang adab berpakaian seperti menutup aurat, mendahulukan kanan, melonggarkan pakaian dan lain-lain sehingga warna pakaian juga dibincangkan.
Pakaian bukan penting untuk melindungi tubuh daripada panas dan sejuk sahaja, tetapi juga berfungsi untuk melindungi kulit daripada hujan dan cahaya terik matahari. Namun begitu, fungsi utama pakaian adalah untuk menutup aurat. Melalui jenis-jenis pakaian dan cara berpakaian juga boleh melambangkan kekuasaan yang dimiliki oleh seseorang. Manakala melalui pakaian juga, identiti seseorang dapat dikenal pasti sepertimana identiti umat Muslim dapat dibezakan daripada golongan bukan Muslim melalui pemakaiannya.
Pakaian bukan penting untuk melindungi tubuh daripada panas dan sejuk sahaja, tetapi juga berfungsi untuk melindungi kulit daripada hujan dan cahaya terik matahari. Namun begitu, fungsi utama pakaian adalah untuk menutup aurat. Melalui jenis-jenis pakaian dan cara berpakaian juga boleh melambangkan kekuasaan yang dimiliki oleh seseorang. Manakala melalui pakaian juga, identiti seseorang dapat dikenal pasti sepertimana identiti umat Muslim dapat dibezakan daripada golongan bukan Muslim melalui pemakaiannya.
Dalam Islam, Allah swt telah menetapkan satu garis paduan dalam berpakaian iaitu menutup aurat seperti yang disebut dalam ayat 59, surah Al-Ahzab yang bermaksud:
“Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang”
Selain daripada ayat di atas, terdapat beberapa lagi ayat dalam al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW yang memberi pengajaran dan panduan kepada umat Islam dalam berpakaian yang menutup aurat dan beradab. Secara umumnya, hikmah perintah berpakaian menutup aurat adalah untuk lebih dikenal sebagai seorang Muslim yang berbeza daripada wanita bukan Muslim dan supaya tidak diganggu. Dari segi persepsi sosial, pakaian mempunyai tiga fungsi iaitu;
1) Perbezaan; pakaian dapat membezakan identiti seorang Muslim dengan bukan Muslim
2) Perilaku; pakaian dapat mengambarkan perilaku seseorang dan dapat mengelak dari diganggu
3) Emosi; pakaian juga dapat memelihara emosi seseorang daripada dipermainkan oleh orang yang melihatnya.
Sejarah Seni Pakaian Mengikut Tamadun Islam
1) Perbezaan; pakaian dapat membezakan identiti seorang Muslim dengan bukan Muslim
2) Perilaku; pakaian dapat mengambarkan perilaku seseorang dan dapat mengelak dari diganggu
3) Emosi; pakaian juga dapat memelihara emosi seseorang daripada dipermainkan oleh orang yang melihatnya.
Sejarah Seni Pakaian Mengikut Tamadun Islam
Asal perintah berpakaian bermula ketika manusia pertama iaitu Nabi Adam a.s. dan Hawa diciptakan di syurga. Allah swt telah mengurniakan pakaian yang indah dan agung untuk menambahkan kewibawaan makhluk manusia di hadapan para malaikat di syurga. Apabila perintah larangan Allah swt kepada Nabi Adam a.s. dan Hawa supaya tidak mendekati pohon larangan di syurga dilanggari akibat hasutan iblis, maka terbukalah aurat keduanya. Dengan rasa malu yang amat sangat, kedua manusia agung yang diciptakan Allah swt mengumpulkan daun-daun pohon syurga untuk menutupi aurat seboleh mungkin. Oleh hal yang demikian, ternyatalah bahawa menutup tubuh dan aurat dengan pakaian adalah fitrah manusia sejak awal diciptakan. Maka, perbuatan yang membuka aurat adalah suatu perbuatan yang melawan fitrah manusia, menimbulkan malu, sekali gus melawan perintah Allah swt.
Pada zaman Rasulullah S.A.W, sejarah seni pakaian telah mengambarkan fesyen berpakaian mengikut Islam. Telah dinyatakan dalam hadis, Rasulullah S.A.W memakai sejenis pakaian yang diperbuat daripada benang bulu biri-biri dan berwarna putih. Malah kebanyakkan ahli sufi dan orang-orang yang zuhud juga mengenakan pakaian seperti ini. Fesyen pakaian seperti ini menunjukkan kerendahkan hati. Manakala bagi golongan wanita pada zaman Rasulullah S.A.W, pakaian mereka berupa seluar panjang dan baju berbelah dileher. Namun begitu, sebelum para wanita meninggalkan rumah, mereka akan memakai pakaian yang menutup aurat sebelum mengenakan tudung.
Fesyen berpakaian ini terus berubah mengikut zaman dan gaya persekitaran masyarakat tertentu. Ketika pada zaman Umayyah dan ‘Abassiyyah, banyak pengaruh telah mula meresap dalam etika pemakaian umat Islam ketika itu. Penaklukan di setiap wilayah juga menyebabkan rakyat tempatan yang memeluk Islam cuba untuk menyelarikan pakaian tempatan yang biasa mereka pakai dengan kehendak syariat Islam. Golongan wanita zaman ‘Abassiyyah memakai tudung yang bertahtakan batu permata dan juntaian emas yang di ikat dengan batu-batu permata yang mahal dan bernilai. Pada awal kurun ke 15, seorang pembeli boleh menentukan rekaan dan corak pada pakaian mereka. Malah mereka boleh juga mereka sendiri corak dan warna pakaian menurut kreativiti sendiri.
Isu Permasalahan Fesyen Muslimah Masa Kini
Isu Permasalahan Fesyen Muslimah Masa Kini
Fesyen dalam berpakaian adalah merupakan satu gaya yang digunakan dan diterima oleh semua lapisan masyarakat dan kemudian menjadi ikutan dalam kelompok masyarakat tersebut. Fesyen juga mempunyai gaya yang khusus dan berubah mengikut peredaran zaman semasa. Islam tidak menetapkan bentuk atau cara pakaian untuk dipakai, baik ketika beribadah atau di luar ibadah. Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim. Namun begitu, tamadun Islam berperanan penting dalam cara pemakaian masyarakat Islam masa kini. Jadi, walau apa pun fesyen yang ingin digayakan, pakaian dan fesyen tersebut hendaklah selari dengan hukum syarak dan pakaian yang dipakai tidak boleh menyebabkan dosa sama pada si pemakainya atau orang di sekitarnya.
Perkara yang telah menjadi lumrah dalam kalangan manusia ialah suka kepada perhiasan dan kecantikan. Allah swt juga menyukai pada kecantikan dan sifat Allah juga adalah Maha Cantik. Dengan hal yang demikian, semua orang berkeinginan untuk kelihatan cantik dan menarik dengan mengenakan pakaian dan pelbagai barangan perhiasan. Ada juga yang sanggup berbelanja besar hanya kerana untuk kelihatan cantik.
Dewasa ini, perkembangan fesyen pakaian telah menyebabkan dunia berhadapan dengan cabaran-cabaran yang disogokkan dengan dunia fesyen dan hiburan yang menonjolkan kecantikan fizikal telah mengakibatkan ramai yang ingkar dengan adab-adab berpakaian yang disyariatkan oleh Islam. Lantas, manusia tidak lagi mengendahkan kecantikan yang hakiki iaitu kecantikan 'dalaman' (kerohanian) seorang insan. Adab berpakaian sopan sepertimana yang telah digariskan oleh syariat telah dicemari oleh penyebaran fesyen melalui pesta-pesta fesyen sehingga tanpa disedari fenomena ini telah memuliakan fesyen dan gaya terbaru sehingga sanggup menjual agamanya.
| Islamic Fashion Festival |
Gaya yang menjadi ikutan seperti inilah yang selalu menjadi kebimbangan kerana ia akan menjadi barah sekiranya panduan berpakaian dan niat untuk kelihatan cantik tidak lagi menurut landasan syariat yang betul. Fenomena ini menyebabkan para peminat fesyen telah mengabaikan matlamat sebenar mereka berpakaian dan tujuan mereka mencipta fesyen, malah sebaliknya mereka telah menggunakan alasan fesyen terkini untuk memenuhi kehendak nafsu mereka. Ada sesetengah pereka fesyen hanya merujuk kepada ketamadunan seni pakaian mengikut Islam pada zaman perkembangan Islam di Tanah Arab. Jadi, permasalahan timbulnya label fesyen pakaian Islam tersebut berlaku apabila mereka hanya melihat pada unsur-unsur masyarakat dan tamadun Arab sahaja tanpa mengambil kira panduan yang ditetapkan Allah swt dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W.
Apabila pereka fesyen menyatakan atau membawa imej fesyen muslimah dalam dunia industri fesyen, ia membawa maksud pakaian yang sesuai bagi wanita Islam. Sekali gus ia menggambarkan imej sebenar seorang muslimah sepertimana yang digariskan oleh syariat Islam. Dalam memperagakan fesyen muslimah di peringkat global, kebanyakan pereka fesyen telah mencampur-adukkan fesyen ikutan dari Barat dan diubah suai mengikut kesesuaian dan pandangan yang sopan pada seorang wanita Islam. Namun, sejauh mana fesyen yang direka dan diperagakan sekarang adalah menepati apa yang dituntut oleh Islam sekiranya fesyen tersebut dikatakan sesuai untuk dipakai oleh golongan wanita Islam?
Merujuk daripada hasil tinjauan terhadap beberapa laman sesawang fesyen terkini, objektif utama sesuatu fesyen itu direka adalah untuk 'tampak lebih elegan dari biasa dan lebih berani untuk menonjolkan diri dalam berfesyen' biarpun fesyen pakaian tersebut direka khas untuk wanita Islam. Fahaman sebegini boleh merosakkan akidah umat Islam yang segelintir daripadanya tidak tahu asas dan panduan berpakaian mengikut syariat, iaitu melakukan sesuatu untuk mendapat penilaian pandangan manusia bukannya pandangan Allah swt. Di antara perkara besar yang dilarang melakukannya ialah perkara yang dikhuatiri boleh merosakkan akidah orang ramai, merosakkan kemuliaan akhlak, merosakkan keperibadian dan jati diri, dan menggoncangkan nilai-nilai agama serta melalaikan manusia daripada melakukan yang hak. Oleh itu, tujuan penetapan panduan berfesyen dan menutup aurat kepada manusia bukanlah semata-mata kerana untuk menyembunyikan tubuh badan atau tampak lebih bergaya dan berkeyakinan malah ia merangkumi asas tasawur berpakaian dan berfesyen kerana satu tujuan sebagai ibadah.
Kepelbagaian bentuk dan gaya fesyen yang dibawa oleh pereka dan peminat fesyen masa kini telah membentuk satu perubahan dinamik yang lebih mengejar kepada kehendak ekonomi tanpa memandang kepada kehendak agama. Kuasa pembeli dan pengguna kini makin dimonopoli oleh mereka yang berorentasikan kepada Islam dan halal. Secara lumrahnya, manusia sentiasa mahukan kepada kebaikan walaupun adakala ada yang sanggup mempersoalkan peraturan dan hukum al-Quran dan as-Sunnah. Lantas, situasi ini telah membuka ruang kepada mereka yang terlibat dalam mencipta fesyen ini menggunakan Islam sebagai batu loncatan untuk mendapat keuntungan berlipat kali ganda. Malangnya, fesyen busana muslimah yang diciptakan untuk golongan wanita Islam zaman moden ini majoritinya berasal daripada idea pereka fesyen bukan Islam dan yang tidak memahami maksud sebenar batasan aurat dan 'pakaian takwa'.
Selain itu, unsur-unsur hiburan telah merancakkan lagi dunia fesyen masa kini dengan wujudnya pesta fesyen yang ditunjukan di pentas peragaan. Fenomena ini tidak terbatas dengan fesyen dan gaya dari barat, kini telah melangkaui fesyen Islam yang tidak dititipkan unsur-unsur Islam itu sendiri. Keterbukaan dalam mempamerkan fesyen-fesyen tersebut telah menyebabkan kekeliruan pada pengguna Islam. Bahkan ada fesyen yang mensyorkan fesyen yang berunsur Islamik up-to-date sebagai satu platform yang mudah kepada penghijrahan kaum wanita Islam khususnya untuk berhijrah mengubah cara hidup mereka, sebagai contoh wanita Islam tidak bertudung akan berubah mengenakan tudung di kepala apabila konsep tudung telah difesyenkan mengikut trend dan kehendak semasa. Namun, perkembangan semasa dalam fesyen yang dilabelkan sebagai busana muslimah tidak lagi sekadar menutup aurat, malah ia sudah menjadi unsur tabaruj jahilliah dan al-Kaasiaat al-‘Aariyaat yang bermaksud berpakaian tetapi bertelanjang.
| Rekaan yang dilabelkan sebagaikan fesyen Islam untuk tujuan kormesil |
Selain itu, unsur-unsur hiburan telah merancakkan lagi dunia fesyen masa kini dengan wujudnya pesta fesyen yang ditunjukan di pentas peragaan. Fenomena ini tidak terbatas dengan fesyen dan gaya dari barat, kini telah melangkaui fesyen Islam yang tidak dititipkan unsur-unsur Islam itu sendiri. Keterbukaan dalam mempamerkan fesyen-fesyen tersebut telah menyebabkan kekeliruan pada pengguna Islam. Bahkan ada fesyen yang mensyorkan fesyen yang berunsur Islamik up-to-date sebagai satu platform yang mudah kepada penghijrahan kaum wanita Islam khususnya untuk berhijrah mengubah cara hidup mereka, sebagai contoh wanita Islam tidak bertudung akan berubah mengenakan tudung di kepala apabila konsep tudung telah difesyenkan mengikut trend dan kehendak semasa. Namun, perkembangan semasa dalam fesyen yang dilabelkan sebagai busana muslimah tidak lagi sekadar menutup aurat, malah ia sudah menjadi unsur tabaruj jahilliah dan al-Kaasiaat al-‘Aariyaat yang bermaksud berpakaian tetapi bertelanjang.
![]() |
| Fesyen Muslimah yang diadaptasi dari fesyen barat |
Dunia yang dilengkapi dengan kecanggihan teknologi maklumat, komunikasi dan mobilisasi manusia telah menghimpunkan manusia yang pelbagai dari serata dunia dalam satu perkampungan antarabangsa. Masyarakat manusia semakin terdedah kepada kepelbagaian budaya dan interpretasi diri termasuklah fesyen, penampilan diri dan gaya hidup. Perbezaan ini menggabungkan kepelbagaian idea menjadi satu konsep yang harmoni iaitu busana Muslimah serta mengembangkan cara berpakaian mengikut kesesuaian masa dan tempat. Justeru, alasan yang selalu diguna pakai dalam mempertahankan fesyen terkini adalah tiada lagi batasan dan halangan untuk umat Islam khususnya wanita Islam bergerak seiring dengan kemajuan zaman globalisasi. Rentetan daripada itu, ramai wanita Islam telah terkeliru dan hilang identiti diri. Identiti kebanyakan mereka menurut persepsi yang dilahirkan oleh akal fikiran yang kabur dan persekitaran yang berkehendakkan budaya kebaratan.
Sebagai rumusan bagi permasalahan fesyen muslimah masa kini, penulis akan mengaitkan dengan penciptaan dan penggunaan pakaian dalam industri fesyen berdasarkan tasawwur dan epistemologi Islam. Seperti yang dibincangkan di atas, asal penciptaan pakaian sebagai alat untuk menutup tubuh badan dan fungsi utamanya menutup aurat adalah dari sejak penciptaan makluk manusia pertama yang diciptakan oleh Allah swt di syurga. Dari segi epistemologi, Allah swt mengurniakan nikmat pakaian kepada umatnya dengan penuh hikmah untuk tujuan memelihara maruah hambanya. Biarpun fesyen dan gaya pakaian itu berubah mengikut situasi dan kebiasaan dalam sesuatu kelompok masyarakat (adat), dengan melalui peraturan dan batasan aurat yang telah ditetapkan dalam Al-Quran dan disertai dengan akhlak sebagaimana tuntutan tasauf, maka dari segi tasawur penciptaan dan penggunaan fesyen Muslimah masa kini haruslah bertunjangkan kepada pengabdian kepada Allah swt. Seterusnya, penciptaan dan penggunaan fesyen terkini harus dilihat sebagai ibadah untuk mencapai keredhaan Allah swt.
Rujukan:
Rujukan:
1. 'Sejarah Seni Pakaian Dalam Islam'. Diakses dari http://www.scribd.com/doc/2763852/Sejarah-Seni-Pakaian-Dalam-Islam pada November 2011
2. Pakaian Wanita Identiti Muslimah'. Diakses dari http://permai1.tripod.com/muslimah.html pada Disember 2011
3. 'Pakaian, Kerudung dan Cadar'. Diakses dari http://www.mindtalk.com/ch/islamalsi#!/post/4e11896dbf866c76850003ff pada Disember 2011.
4. '3 Visual dan Keterangan Fesyen Pakaian Menurut Tamadun Islam'. Diakses dari http://www.scribd.com/doc/55401592/3-Visual-Dan-Keterangan-Fesyen-Pakaian-Menurut-Tamadun-Islam pada Disember 2011
Subscribe to:
Comments (Atom)
